Monday, February 07, 2005

Ethics

Today, I went to visit my aunty at Normah Medical Centre. She was admitted for the past few days. Being an old woman, her health is deteriorated especially after she broke her shoulder. She’s depressed when she become immobile. According to doctor, when she is in her depressing state, somehow her brain produce more chemical and the ageing process had been speed up. (any doctor?…help me with this!!!!)

According to doctor, the visitors also contribute to her stress. The visitor tend to chit chat something which is not positive. For e.g, “my neighbour also broke her shoulder, after few days she passed away”. You imagine, being sick and someone tell you this type of story…for sure you will be more stressed. Furthermore, old people are very sensitive. So that’s why in Islam, we have the ethics to be observed when visiting patients.

http://www.brunet.bn/news/pelita/25ogos/khutbah.htm
Ketika menziarahi orang sakit, terdapat beberapa adab-adab yang dianjurkan oleh Islam antaranya:

Pertama: Apabila kita menziarahi orang sakit, janganlah duduk terlalu lama kerana dikhuatiri boleh mengganggunya dan menghalang pergerakannya. Tetapi jika dengan ziarah itu boleh menenteramkan hatinya maka tidaklah makruh duduk lama di sisinya.


Kedua: Adalah elok bagi orang yang menziarahi orang sakit itu bertanya keadaannya sambil meletakkan tangannya di atas dahi atau tangan pesakit tersebut asalkan dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Ketiga: Jika orang yang sakit itu dalam keadaan tenat dan tidak boleh bercakap apa-apa, maka disunatkan bagi orang yang berziarah itu bertanya kepada ahli keluarga tentang keadaannya.

Keempat: Apabila berada di sisi orang sakit, maka disunatkan menyuruhnya bersabar dan hendaklah menyenangkan serta menenteramkan hatinya.

Kelima: Ketika menziarahi orang sakit atau-pun semasa berada di tempat lain pada bila-bila masa maka disunatkan mendoakan pesakit tersebut supaya lekas sembuh.

Keenam: Andai kata orang yang sakit itu dalam keadaan tenat, tiada harapan untuk sembuh atau dalam keadaan nazak (muhtadar), maka sunat bagi orang yang menziarahinya lebih-lebih lagi orang yang akrab dengan pesakit, mengajarkan atau mentalkinkan (membacakan) di telinganya kalimah 'Lailahaillallah' sekali sahaja. Kemudian diperhatikan keadaan pesakit itu, jika didapati ia di dalam keadaan tenat (mendengar apa yang diucapkan) maka dibiarkan dia iaitu tidak ditalkinkan lagi kalimah 'Lailahaillallah' itu. Walau bagaimanapun jika pesakit itu nampak menggelisah atau masih bercakap-cakap atau menuturkan perkara-perkara lain selain daripada kalimah tauhid maka diulangi lagi talkin tersebut sekali lagi, mudah-mudahan matinya nanti diakhiri dengan menyebut kalimah 'Lailahaillallah' sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Dari Muaz bin Jabal ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa yang akhir kalamnya 'Lailahaillallah' maka ia kana dimasukkan ke dalam Syurga.'' (Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Ketujuh: Sunat dibacakan di sisi orang yang hampir meninggal dunia itu Surah Yaasiin sebagaimana juga disunatkan membaca Surah Ar-Ra'd.


One more think that I learn today is how to be a good son. When I saw my cousin entertain their mum nicely, it makes me INSAF. I hope that I will be able to handle my parents with full of caring when they are getting old (it is not easy to deal with old people, need to be patience). They always sacrifice for their kids but we as kids sometimes take them for granted.

No comments: